Jika anda tidak menemui blog Blogger anda, terdapat beberapa sebab blog itu mungkin hilang.
Anda telah log masuk sebagai ramlithalibe@gmail.com. Jika akaun itu bukan akaun yang digunakan dengan blog anda, tukar akaun yang anda telah log masuk itu dan cuba log masuk sekali lagi.
Selesaikan masalah
Pulihkan blog yang dipadamkan
- Di bahagian atas sebelah kiri, klik anak panah ke Bawah
.
- Di bawah “Blog yang dipadamkan”, klik blog yang ingin dipulihkan.
- Klik Nyahpadam. Sekarang, anda dapat melihat blog anda dalam senarai “Blog saya” dan anda dapat membuat catatan padanya.
Blog saya tiada dalam senarai blog yang dipadamkan
Jika blog anda tiada dalam senarai blog yang dipadamkan:
- Pastikan anda telah log masuk ke Akaun Google yang sama dengan akaun yang anda gunakan untuk membuat blog anda.
- Jika blog anda diurus oleh beberapa pentadbir, semak dengan mereka untuk mengetahui sama ada pentadbir lain telah mengalihkan anda keluar daripada menjadi pentadbir.
- Semak e-mel anda untuk mengetahui sama ada anda telah menerima mesej daripada support@blogger.com. Jika blog anda telah dipadamkan oleh Google, e-mel tersebut akan menjelaskan perkara yang berlaku.
Semak blog yang disekat
Untuk meminta Google menyemak blog anda:
- Di bahagian atas sebelah kiri, klik anak panah ke Bawah
.
- Klik nama blog anda.
- Semak kandungan anda untuk mengesan kemungkinan pelanggaran.
- Klik Rayuan. Blog anda mungkin dipulihkan jika kami mengesahkan bahawa blog itu tidak melanggar dasar Blogger atau Syarat Perkhidmatan Google.
Nota: Jika anda memulihkan blog atau mengubah URL blog itu baru-baru ini, proses untuk memaparkan blog dalam hasil carian mungkin mengambil masa lebih daripada sehari.
Jika anda tidak melihat blog anda apabila anda melawati URLnya:
- Untuk melihat senarai semua blog anda, di bahagian atas sebelah kiri, klik anak panah ke Bawah
.
- Klik blog yang mahu dilihat.
Sumber : https://support.google.com/blogger/answer/87065?hl=ms&ref_topic=6321979
Tidak ada komentar:
Posting Komentar